Di kongsi oleh saudara Kayrie Esmael

Apa itu RLC (Hot Wheels Red Line Club)? dan cara untuk anda menyertainya. Langkah demi langkah....

Versi 2020 ..ditambah baik dari artikel 2018 dan 2019...saja aku share artikel lewat untuk bagi korang memburu dalam kesamaran...

Ia merupakan keahlian tahunan bagi menyertai keahlian premium untuk HotWheelsCollectors.com.

Anda perlu membayar USD $29.99 (tidak termasuk pos dan penghantaran, yuran pemproses dan cukai)

dan apa yang anda dapat adalah kit pendaftaran seperti berikut:

1. Satu kad kereta 2020 Skyline R34 Purple

2. Butang RLC

3. Patch tampal di baju yang tertera logo RLC 2020

Ketika pendaftaran anda perlu membayar yuran penyertaan bersama kos-kos lain seperti yang diberitahu ketika proses akhir pembayaran. Option yang boleh dipilih untuk pembayaran adalah kredit/debit card.Kos pos dan shipping bergantung lokasi penerimaan pembungkusan anda, samada international ($60) dan US ($9.95-diskaun $2) dan jika anda ingin bungkusan anda di pos dan transit dari US ke Malaysia,anda boleh pilih dan cari syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran forwarding ke alamat di malaysia dan pendaftaran selalunya percuma bersama alamat unik untuk anda(boleh google sendiri dan ikuti review setiap syarikat yang di pilih).

Contoh syarikat yang nenawarkan service forwarding dan repack adalah




dan banyak lagi..pastikan anda baca review sebelum memilih syarikat yang berkaitan

Untuk mengunakan perkhidmatan syarikat tersebut, anda digalakkan untk combine shipping bagi menjimatkan kos penghantaran ke Malaysia (secara purata $40-50 dolar bagi setiap 1lbs ) dan ianya bergantung khususnya kepada syarikat penghantaran mana yang anda pilih. Harga berbeza mengikut cara timbangan actual weight vs volumetrik weight. Setiap syarikat ada trick dan cara berbeza mereka mendapat keuntungan.

Langkah ini anda sendiri kena daftar secara berasingan dan luar pada pendaftaran dalam HWC.com dan yang penting anda harus dapatkan alamat US.

-----------------------------------------------------------------------------------

LANGKAH JOIN RLC

Anda masih boleh menyertainya dengan langkah-langkah mudah di bawah.

1. Daftar dulu keahlian PERCUMA di https://hotwheelscollectors.mattel.com

2. Isi bahagian maklumat alamat dan cara pembayaran(credit/debit)


(pendaftaran batch kedua kemungkinan ada jika ada lebihan account belum terjual)

4. Pergi ke troli pembayaran dan ikuti langkah yang mesti anda ikuti untuk proses pembayaran sehingga anda menerima email balas bagi pengesahan pembayaran anda

5. Anda akan hanya di kenakan bayaran ketika proses shipping dan ketika itu anda akan menerima email makluman bahawa pembungkusan anda dalam proses Shipping (Penghantaran bersama nombor tracking) dan baru wang anda akan ditolak dari kredit card manakala jika menggunakan debit card,jumlah bayaran akan ditolak serta merta.

6. Tunggu depan pintu rumah sampai bungkusan itu sampai..

Mudah tak? hahahaha

Dan paling terkini..senarai kereta serta banyak lagi exclusive car yg akan diberitahu secara berperingkat..ahli rlc hanya dpt bayangan ..hanya apabila nak dekat tarikh jualan,baru kita tau kad/kereta apa akan ada jualan dlm masa terdekat. Jadual terkini jualan RLC 2020

################################

-RWB Porche

-RLC Datsun Bluebird

-’82 Lamborghini Countach (opening gull wing doors)

-1969 Dodge Charger R/T Hellephant engine (opening hood)

-1971 De Tomasa Mangusta (opening hoods)

-2006 BMW M3 (opening hood will feature new ten spoke RR)

-‘32 Ford 5-window Coupe (opening doors- multiple engine offerings per designers choice)

-1964 Chevy Impala SS “Lowrider” (pose-able suspension)

-‘44 Willys “rock crawler” (pose-able suspension)

Backorders*

6/30/2020 —2019 RLC Selection 55 Chevy Gasser (Gold)

#################################

ANGGARAN BUDGET

Pengiraan harga kos di shipping dari US guna hub

RM 162 + RM 16 ( cukai barang) + RM 30-50 ( shipping + cukai shipping+ repack) = RM 250 ( tidak termasuk pos) - Combine shipping

Pengiraan jika direct pos dari Mattel ke Malaysia

RM162 + USD 60 (RM 250) = RM 422 ( termasuk pos)

##################################

Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua 🙂

-artikel ni adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi, ada kemungkinan info kurang tepat dan ada kekurangan penghuraian ..jika ada apa persoalan,sila merujuk pada page utama website hotwheelscollector.com- Terima Kasih

Leave a Reply