Ada ke peminat2 yang mengikut konsep gaya di Jepun?


Kereta gaya BOSOZOKU yang digambarkan sebagai kereta yang dipandu oleh geng ‘Budak Nakal’ dari Jepun. Elemen gaya yang popular merangkumi spoiler radikal, splitter depan yang melekat jauh di hadapan kereta, kit badan Oversize dan paip ekzos panjang yang luar biasa yang merupakan salah satu ciri khas Gaya Bōsōzoku




Pelumba aksi jalanan haram yang sering melakukan aksi gila pada larut malam, rata-rata geng Jepun ni menggunakan kenderaan jenis Honda, mengejek polis dan menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topeng. Kereta mereka biasanya mempunyai identiti tersendiri dan diubah suai agar kelihatan lebih berprestasi seperti kereta lumba.




Gaya pemanduan Drift atau DORIFUTO di mana pemandu berkemahiran menggunakan input throttle, brake, clutch, gear shifting dan steering untuk memastikan kereta RWD mereka berada di dalam keadaan oversteer sambil bergerak dari setiap selekoh2 jalan. Fenomena ini terjadi di sebabkan cerita video Jepun iaitu Initial-D yg mempamirkan kenderaan jenis Toyota AE 86 Tofu yg amat femes sejak 90an sehingga kini.



KYUSHA merujuk kepada kereta Jepun lama dengan sedikit pengubahsuaian. Biasanya kereta ini tidak terlalu keterlaluan atau terlalu rendah, tetapi ia disimpan dengan baik dan kelihatan tepat mengikut zaman mereka



ZOKUSHA dikenali sebagai Kaido Racer banyak mendapat inspirasi dari pelumba Siluet lama pada akhir tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an, biasanya kereta ini mempunyai spoiler besar dan Widebody yang luas dengan bodykit yg nampak agresif dan dikenakan dengan rim lebar 10jj dan ke atas. Rim yang femes dan selalu dikenakan seperti dari jenis Watanabe.



ITASHA ini cukup dikenali dikalangan orang Jepun yang menghiasi kereta mereka dengan Stiker atau melukis watak anime, manga dan watak permainan video di body kereta mereka. Fenomena ini kita bole lihat juga dikebanyakkan budak2 K-Car di Malaysia dahulu ramai yang meminatinya. Agak2 masih ada lagi ke peminat tanah air ni yang buat? 😁


Gaya BIPPU atau VIP adalah seni mengubahsuai kereta mewah Jepun untuk menjadikannya lebih rendah dari segi kedudukan dan penampilan yang lebih luas dengan roda dan suspension yang agresif seperti memasang Air Suspension dan Rim yang Lebar. Sebilangan besarnya adalah di kalangan berkereta besar dan lebar.



TAJIMA MONSTER adalah gaya pelumba Hillclimb yang telah dinamakan untuk menghormati Nobuhiro Tajima yang lebih dikenali "Monster", Dalam gaya ini badan kereta diubahsuai untuk mencapai aerodinamik yang lebih baik semasa perlumbaan



Nama gaya yang diberikan kepada kereta Rali Jepun untuk menghormati The Rally Hokkaido yang merupakan acara perlumbaan Rali antarabangsa yang diadakan di pulau Hokkaidō di Jepun



Warga Jepun menggelarnya oni-kyan tapi seluruh dunia memangilnya ‘Stance’ ataupun lebih popular di Malaysia dengan nama ‘kangkang’. Nama pun dah buruk kan? Ia merupakan satu trend di mana kereta direndahkan semaksima mungkin sampai Tayar + Rim Lebar pun dah terkangkang. Tuan punya jangan cakap la, nak keluar masuk pun mengangkang semacam. 


@sfgarage2013

Leave a Reply